Sunday, November 21, 2010

Riwayat Anak-Anak Mat Noh & Busu ( Ulong bin Mat Noh )

Anak Pertama : Ulong bin Mat Noh

Sebelum menetap di Malaysia ini awal tahun 1900. Telah datang ke Malaysia ini tinggal di Kampung Batak Rabit Teluk Intan (Anson)Perak dengan bekerja bergalah sampan di Sungai Perak, iaitu berniaga barang-barang rumah, makanan dan pakaian yang dipunyai oleh orang tempatan itu (Batak Rabit). Bergalah sampan ini daripada Kampung Batak Rabit hinggalah ke Batu Gajah, Ipoh bahkan ke Kuala kangsar. Pekerjaan ini dibuatnya selama kira-kira dua tahun, kemudian Ulong bin Mat Noh ini pulang semula ke negeri asalnya (Bilah). Tidak berapa lama tinggal di Bilah lalu pergi pula ke negeri yang bernama Berandan dalam Sumatera Utara jua. Di sini bekerja dengan sebuah syarikat minyak.

Berkahwin
Dinilah jua berkahwin dengan Sharifah binti Busu dan dapat seorang anak bernama Haron bin Ulong, anak ini meninggal dunia masa berumur 7 bulan.

Berpindah Ke Malaysia
Awal tahun 1900 dengan satu rombongan (boleh jadi dari Berandan) termasuklah Ulong bin Mat Noh dan isterinya, serta mertua dan iparnya nama Mat Tasir bin Busu dan Sa'diah binti Busu dan beberapa orang lagi yang tidak tahu jumlahnya datang ke Malaysia ini, tinggal di Kampung Sungai Belukang mukim Rungkup Hilir Perak, tinggal di sini dengan mendapat tanah seluas 10 ekar yang diberi oleh kerajaan Perak, dijadikan kebun kelapa maka dengan usaha yang bersungguh hinggalah kebun itu mengeluarkan hasil yang lumayan, di sinilah jua dapat lima anak, (1) Haji Abdul Rahman (2) Haji Zakaria (3) Khalijah (4) Rukaiah (5) Yahya

Pertukaran Nama
Pertukaran nama daripada Ulong bin Mat Noh kepada Ariffin saja adalah kira-kira demikian :-
Masa mengambil tanah 10 ekar di Sungai Belukang dalam tahun 1900 ditukar kepada Mat Ripin bin Mat Noh, kemudian dalam tahun 1948 kerajaan Perak berkehendakkan raƔyatnya supaya mengambil kad pengenalan, maka ditukar pula kepada Ariffin bin Mat Noh saja, itulah sebabnya anak-anak berbin dan berbinti Ariffin, semua anaknya ada enam iaitu :-
  1. Harun bin Ariffin (Ulong). Meninggal dunia di Berandan
  2. Haji Abdul Rahman bin Ariffin, ada 5 anak 3 lelaki 2 perempuan, ada beberapa cucu dan cicit, sekarang tinggal di Bagan Datuh Hilir Perak, masa menulis ini berumur lebih 80 tahun
  3. Haji Zakaria bin Ariffin, ada 6 anak 3 lelaki dan 3 perempuan, ada 10 cucu 4 lelaki dan 6 perempuan dan cucu jua. Sekarang tinggal di Ipoh Perak, masa menulis ini berumur lebih 70 tahun
  4. Khalijah binti Ariffin, berkahwin tetapi tiada anak dan telah meninggal dunia pada 4.9.1968 berumur kira-kira 55 tahun
  5. Rukaiah binti Ariffin, tiada berkahwin dan meninggal dunia pada 4.6.1938, masa meninggal dunia berumur 21 tahun
  6. Yahya bin Ariffin, berkahwin tetapi tiada anak dan telah meninggal dunia pada 25.9.1945 ( masa darurat tamat perang Dunia kedua)
Pindah Ke Teluk Intan (Anson)
Tinggal di Kampung Sungai Belukang ini hingga tahun 1919. Kemudian berpindah ke Teluk Intan dengan isteri dan anak-anak semuanya tinggal di No. 676, Jalan Pasir Bedamar, di sini jualah suami isteri meninggal dunia, iaitu Sharifah binti Busu meninggal pada 27.5.1944 manakala Ariffin bin Mat Noh pada 17.6.1953 di rumah yang tersebut dan dikebumikan di Kampung Durian Sebatang Teluk Intan.

No comments:

Post a Comment