Anak Ketiga : Kayang bin Mat Noh
Sebagaimana abangnya yang dua itu jua ia(Kayang) datang ke Malaysia ini masih bujang (teruna) mula sampai tinggal di Madrasah Kampung Rasah Seremban Negeri Sembilan dengan seorang kawannya nama Manan orang negeri Langkat Sumatera. Tinggal di sini kerja buruh yang tidak tetap dan berpindah-pindah dari satu tempat ke satu tempat hingga akhirnya ke Pusing Perak.
Berkahwin
Masa tinggal di Pusing Perak inilah berkahwin dengan Aishah binti Haji Said di Kampung Jernih Batu Gajah, setelah berkahwin tetaplah kedudukan dengan kerja membuat kebun getah dengan berusaha yang bersungguh-sungguh hingga mendapat hasil yang amat berjaya.
Khabarnya,dalam tahun 1916 berpindah ke Kampung Meranti Lapan Perak dan menetap di sini dengan selamat sejahtera. Kayang ada mempunyai 6 anak iaitu:-
- Haji Mohd Azhari telah meninggal dunia pada 16.5.1978 dengan meninggalkan isteri dan 3 anak perempuan serta cucu dan cicit
- Mohd Ramley telah meninggal dunia pada 10.3.1984 dengan meninggalkan 6 anak lelaki dan perempuan serta cucu jua, manakala isterinya telah meninggal dunia lebih dahulu
- Hajjah Zaleha sekarang tinggal di Kuala Lumpur bersama-sama dengan anak-anaknya seramai 6 orang lelaki dan perempuan serta cucu jua, manakala suaminya telah meninggal dunia lebih dahulu
- Saodah telah meninggal dunia pada 2.5.1960 dengan meninggalkan suami dan satu anak perempuan
- Hanizah telah meninggal dunia masa kecil lagi
- Haji Adnan sekarang tinggal di kawasan Ipoh dan ada 6 anak lelaki dan perempuan serta cucu jua
No comments:
Post a Comment