Kayang bin Mat Noh (panggilan saya Ayah Alang) pada suatu masa ia memberi tahu juga sebagai nasihat yang kuat kepada saya, katanya.
Masa aku tinggal di Seremban dahulu kerja buruh dengan dapat wang yang adakalanya banyak, tetapi semuanya habis, tidak dapat disimpan untuk kemudian hari, keadaan ini berlaku beberapa lama dan puas aku memikirkannya dan mencari jalan apa sebab dan bagaimana hendak membuatnya tetapi tidak berjaya.
Akhirnya, pada suatu petang (waktu Asar) berjumpa dengan seorang tua yang ada bersama-sama tinggal di Madrasah Kampung Rasah itu, setelah bercakap-cakap berbagai-bagai hal di antara satu sama lain, lalu aku memberi hal yang berlaku kepadaku seperti di atas kepada orang tua itu.
Setelah didengarnya, lalu dipegang kedua belah tanganku dengan kuat dan dibalik-balikkannya satu lepas satu dengan sepuas-puas hatinya dan entah apa pula dibacanya.
Akhirnya, orang tua itu berkata. Anak (Kayang) ini ada melakukan satu perkara 'PANTANG LARANG ORANG TUA-TUA DAHULU KALA DILAKUKAN', apakah perkaranya tidaklah aku kata pada orang tua itu, cuba-cubalah ingat dan teliti baik-baik dan apa pesan ibu bapa masa hendak berdagang dahulu, apabila dapat tahu nanti janganlah dibuat lagi dan ikutlah pantang larang itu.
Setelah aku (Kayang) dapat kata-kata itu lalu aku cari-cari dan memikirkan apakah ianya dengan mengambil masa agak lama jua. Pada akhirnya barulah aku teringat, iaitu orang tuaku (bapa) ada berpesan (memberitahu).
Bahawa, keturunan kita (Mat Noh bin Nakhoda Ladi) dilarang (sebagai bersumpah) jangan makan ikan sembilang daripada datuk nenek kita dahulu yang bersumpah itu hinggalah kepada sekalian keturunannya dilarang makan ikan sembilang, kata Kayang lagi masa itu ada satu tanda putih sebagai sopak di kelopak mataku.
Maka dari tarikh yang aku ingat pesanan bapaku itu mulalah aku ikut nasihat orang tua (orang tua yang tinggal di Madrasah Rasah) itu dan beringat-ingat apakala makan di kedai ataupun di rumah orang dan memegangnya pun aku tidak mahu lagi.
Allah Jua Yang Maha Berkuasa Melakukan Sesuatu Kepada Hambanya
Tidak berapa lama aku amalkan, dapatlah menyimpan wang dan putih di kelopak mata pun hilang dan kukira nasibku bertambah-tambah baik daripada yang sudah-sudah.
Pendek kata Kayang berpesan dan memberi ingat kepada saya janganlah makan ikan sembilang (laut) itu terutama sekali kepada anak cucu cicit sebelah lelaki, dan sangat baik diikut olek pihak perempuan. Umpama, jika perempuan itu keturunan Mat Noh bin Nakhoda Ladi berkahwin dengan lelaki ketutunan lain, yang bermakna sudah jadi benih lain, maka anak-anak daripada kedua laki isteri ini pun seelok-eloknya janganlah makan, begitulah seterusnya dibuat.
Bagaimana Asal Kejadian itu
Beberapa keturunan terdahulu sebelum sampai kepada Mat Noh bin Nakhoda Ladi itu satu perkara aneh berlaku, iaitu di zaman orang-orang di Sumatera mahupun jua dari Semenanjung Tanah Melayu dan lain-lain negeri sebelah sini hendak ke Mekah menggunakan kapal layar untuk ke sana (Mekah) untuk mengambil masa berbulan-bulan.
Jadi satu rombongan dari Sumatera termasuklah keturunan Mat Noh bin Nakhoda Ladi (yang namakan Abdullah, nama sebenar tidak tahu)ada bersama di dalamnya, setelah rombongan belayar meninggalkan negerinya, tiba-tiba ribut taufan yang amat kuat telah melanda kapal itu hingga pecah dan karam, apabila terjadi demikian hal maka orang-orang di dalamnya berpecah belahlah untuk menyelamatkan diri masing-masing, Abdullah terapung-apunglah dengan tidak tahu apa yang hendak dibuat dan akan jadi hanyalah ingat mati lemas ataupun dimakan ikan, tidak berapa lama antaranya datanglah seekor ikan sembilang yang besar menghampirinya beberapa kali apabila dilihatnya demikian lalu dipegangnya maka ikan itu pun membawanya ke tepi pantai dengan selamat.
Maka tatkala hendak bercerai dengan ikan itu Abdullah telah berkata sebagai aku dan sekalian keturunanku tidak boleh makan ikan ini (sembilang laut) kalau makan satu akibah buruk akan berlaku kepadanya, lepas kata-kata itu dilafaznya ikan itupun hilang daripada pandangannya.
Apakah padahnya Akan Berlaku
Jika dilakukan pantang larang ini, padahnya banyak tetapi hendaklah disiasat dengan halus tidaklah dapat dilihat dengan mata kasar, fahamkanlah apa yang berlaku kata Kayang mengakhiri pesannya kepada saya. Cerita ini juga diterima daripada bapa saya Ariffin bin Mat Noh, tapi padahnya tidak diceritakannya hanyalah perkara yang berlaku saja.
Sekianlah yang dapat dikumpul dan disusun adanya.

- Oleh Haji Zakaria bin Ariffin
- Tarikh 1.1.1986
- Tempat No. 19, Jalan Mawar, Sungai Rokam, Ipoh
No comments:
Post a Comment