Anak Kedua : Mongah bin Mat Noh
Sebagaimana Abangnya (Ariffin) jua ia dengan isterinya nama Notek binti Ulong Hashim datang ke Malaysia ini, tinggal di kampung Sungai Belukang membuat kebun kelapa, tetapi tidak berapa tahun lamanya, maka dengan desakan isterinya hendak pulang ke negeri asalnya, (Bilah) kerana tidak sesuai dengan keadaan negeri ini, mereka ada dua anak perempuan (1) Fatimah (2) Aishah, sebelum balik ke Bilah mereka tinggal dahulu beberapa masa di Tebing Tinggi Selama Perak. (Di sini ramai kaum keluarga dan orang-orang Bilah tinggal). Khabarnya, Mongah memujuk isterinya supaya mahu membatalkan hasratnya hendak pulang ke Bilah tetapi tidak berjaya, sebelum mereka pulang ke Bilah, kedua-dua anaknya (1) Fatimah (2) Aishah meninggal dunia di tempat ini (Tebing Tinggi).
Setelah itu mereka pulanglah ke Bilah. Maka dengan itu putuslah perhubungan, hanyalah mendapat berita serba-sedikit kalau-kalau ada orang datang dari sana (Bilah) atau ada pun orang-orang Bilah yang tinggal di Malaysia ini pulang ke sana dengan menyatakan keadaan mereka - mereka selamat, kemudian tidak berapa lama (tahun) dapat pula berita menyatakan Mongah laki isteri telah meninggal dunia dan tidaklah pula tahu adakah mereka meninggalkan anak cucu dan cicit.
Dapat Perhubungan Satu (1) Tetapi Dukacita
Setelah tamat peperangan Dunia Kedua (tahun 1941-1945) pada awal tahun 1949 seorang anak perempuan Mongah bin Mat Noh ini bernama Rokiyah dan suaminya Haji Derham Said serta anaknya Sapiah binti Haji Derham Said telah sampai ke Kampung Tebing Tinggi Selama Perak. Pada 5.3.1949 Rokiyah ada menulis surat kepada Ariffin bin Mat Noh di Teluk Intan (Anson) dengan menyatakan mereka tiga beranak ada tinggal di di Kampung Tebing Tinggi Selama Perak dalam kesusahan hidup dan minta wang supaya boleh datang ke ke Teluk Intan (Anson) untuk berjumpa dan bercerita berbagai-bagai hal ehwal keluarga di Bilah. Tetapi amat malang, kerana surat itu sampai kepada Ariffin bin Mat Noh pada 14.1.1951 yang bermakna sudah terlewat selama 1 tahun 9 bulan dan 14 hari berlalu.
Apabila disiasat kepada orang-orang di Kampung Tebing Tinggi Selama Perak kata mereka sah adanya Rokiyah binti Mongah dan suaminya Haji Derham Said dan anaknya Sapiah ada tinggal di sini (Tebing Tinggi) dua tahun dahulu, sekarang telah pulang ke Negeri Lama Bilah.
Setelah didapati keadaan demikian hal yang boleh dikatakan putus asa, maka surat Rokiyah itu saya (Nenda Haji Zakaria bin Ariffin)simpan setelah dilihat dan dibaca oleh Ayahanda Ariffin bin Mat Noh, surat ini disimpan hinggalah terlupa dan tidak ingat kerana beberapa tugas yang ditunaikan terutama apabila pindah (tukar) ke Ipoh dari Teluk Intan pada awal tahun 1960. ( salinan surat dilampirkan )
Dapat Perhubungan Kedua (2) Menggembirakan
Dengan tidak disangka-sangkakan pada awal tahun 1964 surat asal Rokiyah itu telah dijumpai semula, maka dengan adanya surat itu lalu menulis kepada Rokiyah dan Haji Derham Said dengan beralamatkan am sahaja dan disertakan salinan surat asal Rokiyah itu, tidak berapa lama dapat jawapan daripada Haji Derham Said, mula dari tarikh itulah dapat perhubungan semula dan selalulah tulis menulis kepada anak-anak Mongah bin Mat Noh terutama cucunya Mohd Nazir bin Abdullatif ibunya Hindun binti Mongah dan diikuti oleh Haji Derham Said suami Rokiyah dan ialah pembuka jalan, juga daripada Asári Usman, ibunya Bongsu@Masbah. Mohd Yusof bin Abdul Rahman ibunya Siti Aminah binti Mongah.
Pada akhirnya didapati bahawa Mongah bin Mat Noh ada meninggalkan enam (6) anak semuanya perempuan iaitu:-
- Hindon (meninggal dunia dalam bulan Januari 1985)suaminya Abdullatif ada 6 anak 2 lelaki dan 4 perempuan
- Maimunah suaminya Abdul Hamid ada 3 anak 2 lelaki dan 1 perempuan
- Andak @ Siti Aminah suaminya Abdul Rahman ada 5 anak 3 lelaki dan 2 perempuan
- Salmah suaminya Zainuddin ada 3 anak 2 lelaki dan 1 perempuan
- Bongsu @ Masbah suaminya Usman ada 7 anak 3 lelaki dan 4 perempuan
- Rokiyah suaminya Haji Derham Said ada 1 anak perempuan
No comments:
Post a Comment