Thursday, December 16, 2010

Friday, December 3, 2010

Generasi 4 / Warisan Anak Ketiga

GENERASI KEEMPAT (PIOT MAT NOH BIN NAKHODA LADI) 

Warisan Anak Ketiga(3) Kayang bin Mat Noh

Normala binti Haji Mohd Azhari bin Kayang bin Mat Noh / Suaminya Hassan bin Daud / Menetap di - / Mereka ini cucu kepada Haji Mohd Azhari dan cicit kepada Kayang bin Mat Noh
  1. Jamal Abdul Nasir bin Hassan
  2. Ahmad Fadzil bin Hassan
  3. Rozihan binti Hassan
  4. Mohd Nazaruddin bin Hassan
  5. Mohd Shahrul Niza bin Hassan
  6. Aminuddin bin Hassan
  7. Azhar bin Hassan
  8. Azmer bin Hassan
  9. Akmal bin Hassan
  10. Anuar bin Hassan
Maziah binti Haji Mohd Azhari bin Kayang bin Mat Noh / Suaminya Abdul Karim bin Yahya / Menetap di Kampar / Mereka ini cucu kepada Haji Mohd Azhari dan cicit kepada Kayang bin Mat NohAzlina binti Abdul Karim
  1. Azila binti Abdul Karim
  2. Azlina binti Abdul Karim
  3. Azli Niza binti Abdul Karim
  4. Azmir Akhtar bin Abdul Karim
  5. Azmin Basha bin Abdul Karim
  6. Azimah binti Abdul Karim
  7. Azman Shah bin Abdul Karim
Hapipah binti Haji Mohd Azhari bin Kayang bin Mat Noh // 

______________________________________________________________

Haji Zainuddin@Mohd AliBashah bin Mohd Ramley bin Kayang bin Mat Noh / Isterinya Che Rafiza binti Abdul Rashid / Menetap di Kg Meranti Lapan / Mereka ini cucu kepada Mohd Ramley dan cicit kepada Kayang bin Mat Noh
  1. Ahmad Shafee bin Zainuddin
  2. Noor Asmah binti Zainuddin
  3. Nazri bin Zainuddin
  4. Hashim bin Zainuddin
  5. Lily Azuwa binti Zainuddin
Harisun bin Mohd Ramley bin Kayang bin Mat Noh / Suaminya Zahari bin Yusof / Menetap di Kg Meranti Lapan / Mereka ini cucu kepada Mohd Ramley dan cicit kepada Kayang bin Mat Noh
  1. Khasfathil bin Zahari
  2. Zarina binti Zahari
Haji Zaába bin Mohd Ramley bin Kayang bin Mat Noh / Isterinya Mahyun binti Ismail / Menetap di Kg Meranti Lapan / Mereka ini cucu kepada Mohd Ramley dan cicit kepada Kayang bin Mat Noh
  1. Zuraini binti Zaába
  2. Norazila binti Zaába
  3. Ahmad Zamani bin Zaába
  4. Zanariah binti Zaába
  5. binti Zaába
Haji Zakri bin Mohd Ramley bin Kayang bin Mat Noh / Isterinya Norsiah binti Mat Jan / Menetap di Kg Meranti Lapan / Mereka ini cucu kepada Mohd Ramley dan cicit kepada Kayang bin Mat Noh
  1. Ahmad Azrul bin Zakri
  2. Noor Azlin binti Zakri
  3. Ahmad Azmil bin Zakri
Zailan@Bakri bin Mohd Ramley bin Kayang bin Mat Noh / Keadaannya uzur
_______________________________________________________________

Generasi 4 / Warisan Anak Kedua

GENERASI KEEMPAT (PIOT MAT NOH BIN NAKHODA LADI) 

Maklumat warisan anak kedua(2) Mongah bin Mat Noh tidak banyak yang dapat disilahkan untuk tatapan sesama waris. Harapan dan mudah-mudahan mendapat perhubungan di kemudian masa. Sesiapa kalangan piot Mat Noh bin Nakhoda Ladi yang banyaknya di tanah Sumatera mencari warisnya di sini silalah berhubung di blok ini / melalui emel saya.


Generasi 4 / Warisan Anak Pertama

GENERASI KEEMPAT (PIOT MAT NOH BIN NAKHODA LADI) 

Warisan Anak Pertama (1) Ariffin bin Mat Noh

Mohd Radzi@Wan Chik(#) bin Haji Abdul Rahman(#) bin Ariffin@Ulong bin Mat Noh / Isterinya Fatimah binti Haji Abdul Rahman / Menetap di Hutan Melintang / Mereka ini cucu kepada Haji Abdul Rahman dan cicit kepada Ariffin bin Mat Noh
  1. Abdul Hadi Kamal bin Mohd Radzi
  2. Mohd Husin bin Mohd Radzi
  3. Mohd Isa bin Mohd Radzi
  4. Faridah binti Mohd Radzi
  5. Zulkefli bin Mohd Radzi

Mardziah@Bibi binti Haji Abdul Rahman bin Ariffin@Ulong bin Mat Noh / Suaminya Yahya bin Uda / Menetap di Kelang / Mereka ini cucu kepada Haji Abdul Rahman dan cicit kepada Ariffin bin Mat Noh
  1. Mohd Fadzil@Kudin bin Yahya
  2. Fauziah binti Yahya
  3. Normat@Asmah binti Yahya
  4. Junaidah binti Yahya
Azizah@Siti binti Haji Abdul Rahman bin Ariffin@Ulong bin Mat Noh / Suaminya Shaári bin Yusof / Menetap di Simpang Tiga Rungkup / Mereka ini cucu kepada Haji Abdul Rahman dan cicit kepada Ariffin bin Mat Noh
  1. Normah binti Shaári
  2. Ariffin bin Shaári
  3. Othman bin Shaári
Mohd Fahmi bin Haji Abdul Rahman bin Ariffin@Ulong bin Mat Noh / Isterinya Ramza binti Jaáfar / Menetap di Ipoh / Mereka ini cucu kepada Haji Abdul Rahman dan cicit kepada Ariffin bin Mat Noh
  1. Mohd Wazir bin Mohd Fahmi
  2. Wahidah binti Mohd Fahmi
  3. Mohd Wari bin Mohd Fahmi
  4. Wahyah binti Mohd Fahmi
  5. Mohd Wahaizan bin Mohd Fahmi
Mohd Refaei bin Haji Abdul Rahman bin Ariffin@Ulong bin Mat Noh / Isterinya Normah binti - / Menetap di Telok Panglima Garang / Mereka ini cucu kepada Haji Abdul Rahman dan cicit kepada Ariffin bin Mat Noh
  1. Rohani binti Mohd Refaei
  2. Razali bin Mohd Refaei
_________________________________________________________________

Maznah binti Haji Zakaria bin Ariffin@Ulong bin Mat Noh / Suaminya Azaraái bin Haji Mat Jaman / Menetap di BB Seri Petaling KL / Mereka ini cucu kepada Haji Zakaria dan cicit kepada Ariffin bin Mat Noh
  1. Azahidi bin Azaraái
Abdul Fatah(#) bin Haji Zakaria bin Ariffin@Ulong bin Mat Noh / Isterinya Nur Azima binti Haji Mohd Ariff / Menetap di Bukit Antarabangsa/ Mereka ini cucu kepada Haji Zakaria dan cicit kepada Ariffin bin Mat Noh
  1. Faziah binti Abdul Fatah
  2. Fezra binti Abdul Fatah
  3. Farina binti Abdul Fatah
Mazidah binti Haji Zakaria bin Ariffin@Ulong bin Mat Noh / Suaminya Mohammad bin Haji Ayub / Menetap di Meru, Ipoh & Mutiara Damansara / Mereka ini cucu kepada Haji Zakaria dan cicit kepada Ariffin bin Mat Noh
  1. Mazlin bin Mohammad
  2. Muzaffar bin Mohammad
Hajjah Maziah binti Haji Zakaria bin Ariffin@Ulong bin Mat Noh / Suaminya Dato'Haji Mohd Zainal Abidin bin Haji Abdul Kadir / Menetap di Meru, Ipoh & Taman Tun Dr Ismail KL / Mereka ini cucu kepada Haji Zakaria dan cicit kepada Ariffin bin Mat Noh
  1. Mazni binti Mohd Zainal Abidin
  2. Mazita binti Mohd Zainal Abidin
  3. Mohd Ziad bin Mohd Zainal Abidin
  4. Mohd Zaid bin Mohd Zainal Abidin

Tuesday, November 30, 2010

Generasi 3

GENERASI KETIGA (CICIT MAT NOH BIN NAKHODA LADI) 

Warisan Anak Pertama (1) Ariffin bin Mat Noh

Haji Abdul Rahman bin Ariffin@Ulong bin Mat Noh
Isterinya Hajjah Saáh binti Saad
  1. Mohd Radzi @ Wan Chik bin Haji Abdul Rahman
  2. Mardziah binti Haji Abdul Rahman
  3. Azizah binti Haji Abdul Rahman
  4. Mohd Fahmi bin Haji Abdul Rahman
  5. Mohd Refaei bin Haji Abdul Rahman
Haji Zakaria bin Ariffin@Ulong bin Mat Noh
Isterinya Hajjah Mariam binti Ali Bashah
  1. Maznah binti Haji Zakaria
  2. Abdul Fatah bin Haji Zakaria
  3. Mazidah binti Haji Zakaria
  4. Maziah binti Haji Zakaria
Warisan Anak Kedua(2) Mongah bin Mat Noh

Hindun binti Mongah bin Mat Noh
Suaminya Abdullatif
  1. Asmah binti Abdullatif
  2. Nurhelah binti Abdullatif
  3. Ahmad Khairod bin Abdullatif
  4. Nuriah binti Abdullatif
  5. Mohd Nazir bin Abdullatif
  6. Umi Kalsom bin Abdullatif
Maimunah binti Mongah bin Mat Noh
Suaminya Abdul Hamid
  1. Amiruddin bin Abdul Hamid
  2. Lamáh binti Abdul Hamid
  3. Zainal bin Abdul Hamid
Andak @ Siti Aminah binti Mongah bin Mat Noh
Suaminya Abdul Rahman
  1. Hasnah binti Abdul Rahman
  2. Buteh binti Abdul Rahman
  3. Guntur binti Abdul Rahman
  4. Sofya binti Abdul Rahman
  5. Mohd Yusof bin Abdul Rahman
Salmah binti Mongah bin Mat Noh
Suaminya Zainuddin
  1. Zainab binti Zainuddin
  2. Sangkot bin Zainuddin
  3. Nasrun bin Zainuddin
Bongsu @ Masbah binti Mongah bin Mat Noh
Suaminya Usman
  1. Rifáh binti Usman
  2. Idris bin Usman
  3. Jaáfar bin Usman
  4. Asári bin Usman
  5. Nurjanah binti Usman
  6. Nurbaidah binti Usman
  7. Saddaiah binti Usman
Rokiyah binti Mongah bin Mat Noh
Suaminya Haji Derham Said
  1. Sapiah binti Haji Derham Said
Warisan Anak Ketiga(3) Kayang bin Mat Noh
Haji Mohd Azhari bin Kayang bin Mat Noh
Isterinya Mariam binti Abdul Mutalib
  1. Normaia binti Haji Mohd Azhari
  2. Maziah binti Haji Mohd Azhari
  3. Hapipah binti Haji Mohd Azhari
Mohd Ramley bin Kayang
Isterinya Halimah binti Abdul Ghani
  1. Zainuddin @ Mohd AliBashah bin Mohd Ramley
  2. Harisun binti Mohd Ramley
  3. Zaába bin Mohd Ramley
  4. Zakri bin Mohd Ramley
  5. Zailan @ Abdul Halim bin Mohd Ramley
Hajjah Zaleha binti Kayang
Suaminya Zambahari bin Kulup Udi
  1. Zainal Abidin bin Zambahari
  2. Kamaruzaman bin Zambahari
  3. Mahyudin bin Zambahari
  4. Abdul Ghani bin Zambahari
  5. Arbaáiyah binti Zambahari
  6. Nazariah binti Zambahari
  7. Sabariah binti Zambahari
Saodah binti Kayang
Suaminya Ahmad Baki bin Haji Abdul Ghafar
  1. Salmah binti Ahmad Baki
Haji Adnan bin Kayang
Isterinya Badariah binti Abu Bakar
  1. Ahmad Fuad bin Haji Adnan
  2. Rafidah binti Haji Adnan
  3. Roslah binti Haji Adnan
  4. Nurhayati binti Haji Adnan
  5. Ahmad Rizal bin Haji Adnan
  6. Ahmad Faisal bin Haji Adnan
Jumlah Keluarga Kepada Mat Noh bin Nakhoda Ladi hingga 1.1.1986

SILAH       LELAKI          PEREMPUAN          JUMLAH
CUCU           3               9                  12
CICIT          15              29                 44
JUMLAH         18              38                 56  

Generasi 1 dan 2

GENERASI PERTAMA (ANAK MAT NOH BIN NAKHODA LADI)

Mat Noh bin Nakhoda Ladi / isterinya Busu binti Ulong Bandar
  1. Ariffin @ Ulong bin Mat Noh
  2. Mongah bin Mat Noh
  3. Kayang bin Mat Noh
GENERASI KEDUA (CUCU MAT NOH BIN NAKHODA LADI)

Ariffin @ Ulong bin Mat Noh / isterinya Sharifah binti Busu Kerisik
  1. Harun bin Ariffin
  2. Haji Abdul Rahman bin Ariffin
  3. Haji Zakaria bin Ariffin
  4. Khalijah bin Ariffin
  5. Rokayah binti Ariffin
  6. Yahya bin Ariffin
Mongah bin Mat Noh / isterinya Notek binti Ulong Hashim
  1. Fatimah binti Mongah
  2. Aishah binti Mongah
  3. Hindun binti Mongah
  4. Maimunah binti Mongah
  5. Andak @ Siti Aminah binti Mongah
  6. Salmah binti Mongah
  7. Bongsu @ Masbah binti Mongah
  8. Rokiyah binti Mongah
Kayang bin Mat Noh / isterinya Aishah binti Haji Said
  1. Haji Mohd Azhari bin Kayang
  2. Mohd Ramley bin Kayang
  3. Hajjah Zaleha binti Kayang
  4. Saodah binti Kayang
  5. Hanizah binti Kayang
  6. Haji Adnan bin Kayang

Jejak Yang Mula Bertapak

Langkah bertapak ini merupakan usaha untuk mendapatkan info dan susunan nama dalam susur galur salasilah keluarga ini. Menjadi harapan saya pada seluruh kerabat untuk sama-sama memberi info yang perlu. Mana yang dapat, akan saya kunjungi sendiri. Tidakpun melalui cara sms / emel / apa sahaja yang memungkinkan usaha ini berhasil.

Keturunan Ini Tidak Boleh Makan Ikan Sembilang

Kayang bin Mat Noh (panggilan saya Ayah Alang) pada suatu masa ia memberi tahu juga sebagai nasihat yang kuat kepada saya, katanya.
Masa aku tinggal di Seremban dahulu kerja buruh dengan dapat wang yang adakalanya banyak, tetapi semuanya habis, tidak dapat disimpan untuk kemudian hari, keadaan ini berlaku beberapa lama dan puas aku memikirkannya dan mencari jalan apa sebab dan bagaimana hendak membuatnya tetapi tidak berjaya.
Akhirnya, pada suatu petang (waktu Asar) berjumpa dengan seorang tua yang ada bersama-sama tinggal di Madrasah Kampung Rasah itu, setelah bercakap-cakap berbagai-bagai hal di antara satu sama lain, lalu aku memberi hal yang berlaku kepadaku seperti di atas kepada orang tua itu.
Setelah didengarnya, lalu dipegang kedua belah tanganku dengan kuat dan dibalik-balikkannya satu lepas satu dengan sepuas-puas hatinya dan entah apa pula dibacanya.
Akhirnya, orang tua itu berkata. Anak (Kayang) ini ada melakukan satu perkara 'PANTANG LARANG ORANG TUA-TUA DAHULU KALA DILAKUKAN', apakah perkaranya tidaklah aku kata pada orang tua itu, cuba-cubalah ingat dan teliti baik-baik dan apa pesan ibu bapa masa hendak berdagang dahulu, apabila dapat tahu nanti janganlah dibuat lagi dan ikutlah pantang larang itu.
Setelah aku (Kayang) dapat kata-kata itu lalu aku cari-cari dan memikirkan apakah ianya dengan mengambil masa agak lama jua. Pada akhirnya barulah aku teringat, iaitu orang tuaku (bapa) ada berpesan (memberitahu).
Bahawa, keturunan kita (Mat Noh bin Nakhoda Ladi) dilarang (sebagai bersumpah) jangan makan ikan sembilang daripada datuk nenek kita dahulu yang bersumpah itu hinggalah kepada sekalian keturunannya dilarang makan ikan sembilang, kata Kayang lagi masa itu ada satu tanda putih sebagai sopak di kelopak mataku.
Maka dari tarikh yang aku ingat pesanan bapaku itu mulalah aku ikut nasihat orang tua (orang tua yang tinggal di Madrasah Rasah) itu dan beringat-ingat apakala makan di kedai ataupun di rumah orang dan memegangnya pun aku tidak mahu lagi.

Allah Jua Yang Maha Berkuasa Melakukan Sesuatu Kepada Hambanya

Tidak berapa lama aku amalkan, dapatlah menyimpan wang dan putih di kelopak mata pun hilang dan kukira nasibku bertambah-tambah baik daripada yang sudah-sudah.
Pendek kata Kayang berpesan dan memberi ingat kepada saya janganlah makan ikan sembilang (laut) itu terutama sekali kepada anak cucu cicit sebelah lelaki, dan sangat baik diikut olek pihak perempuan. Umpama, jika perempuan itu keturunan Mat Noh bin Nakhoda Ladi berkahwin dengan lelaki ketutunan lain, yang bermakna sudah jadi benih lain, maka anak-anak daripada kedua laki isteri ini pun seelok-eloknya janganlah makan, begitulah seterusnya dibuat.

Bagaimana Asal Kejadian itu

Beberapa keturunan terdahulu sebelum sampai kepada Mat Noh bin Nakhoda Ladi itu satu perkara aneh berlaku, iaitu di zaman orang-orang di Sumatera mahupun jua dari Semenanjung Tanah Melayu dan lain-lain negeri sebelah sini hendak ke Mekah menggunakan kapal layar untuk ke sana (Mekah) untuk mengambil masa berbulan-bulan.
Jadi satu rombongan dari Sumatera termasuklah keturunan Mat Noh bin Nakhoda Ladi (yang namakan Abdullah, nama sebenar tidak tahu)ada bersama di dalamnya, setelah rombongan belayar meninggalkan negerinya, tiba-tiba ribut taufan yang amat kuat telah melanda kapal itu hingga pecah dan karam, apabila terjadi demikian hal maka orang-orang di dalamnya berpecah belahlah untuk menyelamatkan diri masing-masing, Abdullah terapung-apunglah dengan tidak tahu apa yang hendak dibuat dan akan jadi hanyalah ingat mati lemas ataupun dimakan ikan, tidak berapa lama antaranya datanglah seekor ikan sembilang yang besar menghampirinya beberapa kali apabila dilihatnya demikian lalu dipegangnya maka ikan itu pun membawanya ke tepi pantai dengan selamat.
Maka tatkala hendak bercerai dengan ikan itu Abdullah telah berkata sebagai aku dan sekalian keturunanku tidak boleh makan ikan ini (sembilang laut) kalau makan satu akibah buruk akan berlaku kepadanya, lepas kata-kata itu dilafaznya ikan itupun hilang daripada pandangannya. 

Apakah padahnya Akan Berlaku

Jika dilakukan pantang larang ini, padahnya banyak tetapi hendaklah disiasat dengan halus tidaklah dapat dilihat dengan mata kasar, fahamkanlah apa yang berlaku kata Kayang mengakhiri pesannya kepada saya. Cerita ini juga diterima daripada bapa saya Ariffin bin Mat Noh, tapi padahnya tidak diceritakannya hanyalah perkara yang berlaku saja.

Sekianlah yang dapat dikumpul dan disusun adanya.

  • Oleh      Haji Zakaria bin Ariffin
  • Tarikh    1.1.1986
  • Tempat    No. 19, Jalan Mawar, Sungai Rokam, Ipoh

Riwayat Anak-Anak Mat Noh & Busu ( Kayang bin Mat Noh )

Anak Ketiga : Kayang bin Mat Noh

Sebagaimana abangnya yang dua itu jua ia(Kayang) datang ke Malaysia ini masih bujang (teruna) mula sampai tinggal di Madrasah Kampung Rasah Seremban Negeri Sembilan dengan seorang kawannya nama Manan orang negeri Langkat Sumatera. Tinggal di sini kerja buruh yang tidak tetap dan berpindah-pindah dari satu tempat ke satu tempat hingga akhirnya ke Pusing Perak.
Berkahwin
Masa tinggal di Pusing Perak inilah berkahwin dengan Aishah binti Haji Said di Kampung Jernih Batu Gajah, setelah berkahwin tetaplah kedudukan dengan kerja membuat kebun getah dengan berusaha yang bersungguh-sungguh hingga mendapat hasil yang amat berjaya.
Khabarnya,dalam tahun 1916 berpindah ke Kampung  Meranti Lapan Perak dan menetap di sini dengan selamat sejahtera. Kayang ada mempunyai 6 anak iaitu:-
  1. Haji Mohd Azhari telah meninggal dunia pada 16.5.1978 dengan meninggalkan isteri dan 3 anak perempuan serta cucu dan cicit
  2. Mohd Ramley telah meninggal dunia pada 10.3.1984 dengan meninggalkan 6 anak lelaki dan perempuan serta cucu jua, manakala isterinya telah meninggal dunia lebih dahulu
  3. Hajjah Zaleha sekarang tinggal di Kuala Lumpur bersama-sama dengan anak-anaknya seramai 6 orang lelaki dan perempuan serta cucu jua, manakala suaminya telah meninggal dunia lebih dahulu
  4. Saodah telah meninggal dunia pada 2.5.1960 dengan meninggalkan suami dan satu anak perempuan
  5. Hanizah telah meninggal dunia masa kecil lagi
  6. Haji Adnan sekarang tinggal di kawasan Ipoh dan ada 6 anak lelaki dan perempuan serta cucu jua  
Kayang bin Mat Noh telah meninggal dunia dalam tahun 1945 dan dikebumikan di Kampung Meranti Lapan Perak.

                 

Riwayat Anak-Anak Mat Noh & Busu ( Mongah bin Mat Noh )

Anak Kedua : Mongah bin Mat Noh

Sebagaimana Abangnya (Ariffin) jua ia dengan isterinya nama Notek binti Ulong Hashim datang ke Malaysia ini, tinggal di kampung Sungai Belukang membuat kebun kelapa, tetapi tidak berapa tahun lamanya, maka dengan desakan isterinya hendak pulang ke negeri asalnya, (Bilah) kerana tidak sesuai dengan keadaan negeri ini, mereka ada dua anak perempuan (1) Fatimah (2) Aishah, sebelum balik ke Bilah mereka tinggal dahulu beberapa masa di Tebing Tinggi Selama Perak. (Di sini ramai kaum keluarga dan orang-orang Bilah tinggal). Khabarnya, Mongah memujuk isterinya supaya mahu membatalkan hasratnya hendak pulang ke Bilah tetapi tidak berjaya, sebelum mereka pulang ke Bilah, kedua-dua anaknya (1) Fatimah (2) Aishah meninggal dunia di tempat ini (Tebing Tinggi).
Setelah itu mereka pulanglah ke Bilah. Maka dengan itu putuslah perhubungan, hanyalah mendapat berita serba-sedikit kalau-kalau ada orang datang dari sana (Bilah) atau ada pun orang-orang Bilah yang tinggal di Malaysia ini pulang ke sana dengan menyatakan keadaan mereka - mereka selamat, kemudian tidak berapa lama (tahun) dapat pula berita menyatakan Mongah laki isteri telah meninggal dunia dan tidaklah pula tahu adakah mereka meninggalkan anak cucu dan cicit.

Dapat Perhubungan Satu (1) Tetapi Dukacita
Setelah tamat peperangan Dunia Kedua (tahun 1941-1945) pada awal tahun 1949 seorang anak perempuan Mongah bin Mat Noh ini bernama Rokiyah dan suaminya Haji Derham Said serta anaknya Sapiah binti Haji Derham Said telah sampai ke Kampung Tebing Tinggi Selama Perak. Pada 5.3.1949 Rokiyah ada menulis surat kepada Ariffin bin Mat Noh di Teluk Intan (Anson) dengan menyatakan mereka tiga beranak ada tinggal di di Kampung Tebing Tinggi Selama Perak dalam kesusahan hidup dan minta wang supaya boleh datang ke ke Teluk Intan (Anson) untuk berjumpa dan bercerita berbagai-bagai hal ehwal keluarga di Bilah. Tetapi amat malang, kerana surat itu sampai kepada Ariffin bin Mat Noh pada 14.1.1951 yang bermakna sudah terlewat selama 1 tahun 9 bulan dan 14 hari berlalu.
Apabila disiasat kepada orang-orang di Kampung Tebing Tinggi Selama Perak kata mereka sah adanya Rokiyah binti Mongah dan suaminya Haji Derham Said dan anaknya Sapiah ada tinggal di sini (Tebing Tinggi) dua tahun dahulu, sekarang telah pulang ke Negeri Lama Bilah.
Setelah didapati keadaan demikian hal yang boleh dikatakan putus asa, maka surat Rokiyah itu saya (Nenda Haji Zakaria bin Ariffin)simpan setelah dilihat dan dibaca oleh Ayahanda Ariffin bin Mat Noh, surat ini disimpan hinggalah terlupa dan tidak ingat kerana beberapa tugas yang ditunaikan terutama apabila pindah (tukar) ke Ipoh dari Teluk Intan pada awal tahun 1960. ( salinan surat dilampirkan )
Dapat Perhubungan Kedua (2) Menggembirakan
Dengan tidak disangka-sangkakan pada awal tahun 1964 surat asal Rokiyah itu telah dijumpai semula, maka dengan adanya surat itu lalu menulis kepada Rokiyah dan Haji Derham Said dengan beralamatkan am sahaja dan disertakan salinan surat asal Rokiyah itu, tidak berapa lama dapat jawapan daripada Haji Derham Said, mula dari tarikh itulah dapat perhubungan semula dan selalulah tulis menulis kepada anak-anak Mongah bin Mat Noh terutama cucunya Mohd Nazir bin Abdullatif ibunya Hindun binti Mongah dan diikuti oleh Haji Derham Said suami Rokiyah dan ialah pembuka jalan, juga daripada Asári Usman, ibunya Bongsu@Masbah. Mohd Yusof bin Abdul Rahman ibunya Siti Aminah binti Mongah.
Pada akhirnya didapati bahawa Mongah bin Mat Noh ada meninggalkan enam (6) anak semuanya perempuan iaitu:-
  1. Hindon (meninggal dunia dalam bulan Januari 1985)suaminya Abdullatif ada 6 anak 2 lelaki dan 4 perempuan
  2. Maimunah suaminya Abdul Hamid ada 3 anak 2 lelaki dan 1 perempuan
  3. Andak @ Siti Aminah suaminya Abdul Rahman ada 5 anak 3 lelaki dan 2 perempuan
  4. Salmah suaminya Zainuddin ada 3 anak 2 lelaki dan 1 perempuan
  5. Bongsu @ Masbah suaminya Usman ada 7 anak 3 lelaki dan 4 perempuan
  6. Rokiyah suaminya Haji Derham Said ada 1 anak perempuan

Sunday, November 21, 2010

Riwayat Anak-Anak Mat Noh & Busu ( Ulong bin Mat Noh )

Anak Pertama : Ulong bin Mat Noh

Sebelum menetap di Malaysia ini awal tahun 1900. Telah datang ke Malaysia ini tinggal di Kampung Batak Rabit Teluk Intan (Anson)Perak dengan bekerja bergalah sampan di Sungai Perak, iaitu berniaga barang-barang rumah, makanan dan pakaian yang dipunyai oleh orang tempatan itu (Batak Rabit). Bergalah sampan ini daripada Kampung Batak Rabit hinggalah ke Batu Gajah, Ipoh bahkan ke Kuala kangsar. Pekerjaan ini dibuatnya selama kira-kira dua tahun, kemudian Ulong bin Mat Noh ini pulang semula ke negeri asalnya (Bilah). Tidak berapa lama tinggal di Bilah lalu pergi pula ke negeri yang bernama Berandan dalam Sumatera Utara jua. Di sini bekerja dengan sebuah syarikat minyak.

Berkahwin
Dinilah jua berkahwin dengan Sharifah binti Busu dan dapat seorang anak bernama Haron bin Ulong, anak ini meninggal dunia masa berumur 7 bulan.

Berpindah Ke Malaysia
Awal tahun 1900 dengan satu rombongan (boleh jadi dari Berandan) termasuklah Ulong bin Mat Noh dan isterinya, serta mertua dan iparnya nama Mat Tasir bin Busu dan Sa'diah binti Busu dan beberapa orang lagi yang tidak tahu jumlahnya datang ke Malaysia ini, tinggal di Kampung Sungai Belukang mukim Rungkup Hilir Perak, tinggal di sini dengan mendapat tanah seluas 10 ekar yang diberi oleh kerajaan Perak, dijadikan kebun kelapa maka dengan usaha yang bersungguh hinggalah kebun itu mengeluarkan hasil yang lumayan, di sinilah jua dapat lima anak, (1) Haji Abdul Rahman (2) Haji Zakaria (3) Khalijah (4) Rukaiah (5) Yahya

Pertukaran Nama
Pertukaran nama daripada Ulong bin Mat Noh kepada Ariffin saja adalah kira-kira demikian :-
Masa mengambil tanah 10 ekar di Sungai Belukang dalam tahun 1900 ditukar kepada Mat Ripin bin Mat Noh, kemudian dalam tahun 1948 kerajaan Perak berkehendakkan raáyatnya supaya mengambil kad pengenalan, maka ditukar pula kepada Ariffin bin Mat Noh saja, itulah sebabnya anak-anak berbin dan berbinti Ariffin, semua anaknya ada enam iaitu :-
  1. Harun bin Ariffin (Ulong). Meninggal dunia di Berandan
  2. Haji Abdul Rahman bin Ariffin, ada 5 anak 3 lelaki 2 perempuan, ada beberapa cucu dan cicit, sekarang tinggal di Bagan Datuh Hilir Perak, masa menulis ini berumur lebih 80 tahun
  3. Haji Zakaria bin Ariffin, ada 6 anak 3 lelaki dan 3 perempuan, ada 10 cucu 4 lelaki dan 6 perempuan dan cucu jua. Sekarang tinggal di Ipoh Perak, masa menulis ini berumur lebih 70 tahun
  4. Khalijah binti Ariffin, berkahwin tetapi tiada anak dan telah meninggal dunia pada 4.9.1968 berumur kira-kira 55 tahun
  5. Rukaiah binti Ariffin, tiada berkahwin dan meninggal dunia pada 4.6.1938, masa meninggal dunia berumur 21 tahun
  6. Yahya bin Ariffin, berkahwin tetapi tiada anak dan telah meninggal dunia pada 25.9.1945 ( masa darurat tamat perang Dunia kedua)
Pindah Ke Teluk Intan (Anson)
Tinggal di Kampung Sungai Belukang ini hingga tahun 1919. Kemudian berpindah ke Teluk Intan dengan isteri dan anak-anak semuanya tinggal di No. 676, Jalan Pasir Bedamar, di sini jualah suami isteri meninggal dunia, iaitu Sharifah binti Busu meninggal pada 27.5.1944 manakala Ariffin bin Mat Noh pada 17.6.1953 di rumah yang tersebut dan dikebumikan di Kampung Durian Sebatang Teluk Intan.

Saturday, November 20, 2010

Permulaan Yang Diketahui

Mat Noh bin Nakhoda Ladi dan isterinya nama Busu binti Ulong Bandar berasal dan tinggal di Negeri Lama Bilah, Sumatera Utara. Ada mempunyai tiga anak lelaki iaitu :- (1) Ulong (2) Mongah (3) Kayang.
Mereka kedua laki isteri ini ada datang ke Malaysia ( Malaya ) ini dengan mengikut anak-anaknya, dan tinggal beberapa tahun lamanya. Setelah itu pulang ke negeri asalnya ( Bilah ) hinggalah meninggal dunia di sana. Jika tiada salah ingatan isterinya ( Busu binti Ulong Bandar ) yang terakhir pulang kira-kira dalam tahun 1991 / 1992 yang dihantar oleh anaknya, Ulong bin Mat Noh

Catatan Mula

( Ini adalah mengikut cerita daripada orang tua-tua yang sempat ditemui, dipercayai dan yang diingati, kepada mereka yang berkenaan dengan hal ehwal ini bolehlah ditambah jika didapati yang sebenarnya ada, juga boleh dibatalkan sekiranya tidak benar adanya )

Bahawa beberapa keturunan sebelum sampai kepada nama Mat Noh bin Nakhoda Ladi ini telah berlalu yang tidak dapat diketahui banyaknya tetapi yakin adanya di Negeri Lama Bilah, Sumatera Utara  

Catatan mula ( oleh Haji Zakaria bin Ariffin )

Awal Bismillah

Blog ini dimajukan sebagai kelangsungan usaha Almarhum Nenda Haji Zakaria bin Ariffin yang sekian kalinya menyusun usaha menghidupkan susur galur salasilah  Mat Noh bin Nakhoda Ladi yang asalnya dari Negeri Lama Bilah, Sumatera Utara.

Ayahanda Haji Zainuddin bin Mohd Ramley memberi transkrip ini sebagai rujukan peribadi. Saya berfikir apa salahnya dipanjangkan usaha yang sentimental ini. Cuma paparan info blog ini saya biarkan nostalgik sepertimana asalnya gaya penulisan Nenda yang memulakan usaha ini.